Sunday, 22 January 2012

MAAFKANLAH MEREKA.....



Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.
Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul.

Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini, walaupun bilangannya mungkin tidak begitu ramai? Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu ialah orang-orang yang begitu hampir dengan kita?
Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN. Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan.
Adakah kita merasakan kebencian kita itu menguntungkan kita atau akan merugikan mereka? Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan dan kedamaian dari hati nurani kita? Bahkan setiapkali kebencian mula bertahkta dan menguasai hati maka hati kita itu akan makin keras, gersang, kasar dan merosak air muka kita. Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur kita tidak lagi merehatkan jiwa kita untuk mendepani hari baru. Jadi, nyatakan pada saya, apa untungnya kebencian dan kemarahan kita itu kalau bukan menambahkan penderitaan keatas penderitaan yang sudah sedia ada?
Jadi, MAAFKAN MEREKA kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak berkurang. Apa yang kita harapkan dari kehidupan begini?
MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan dan setiapkali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.
MAAFKAN MEREKA, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukirkan kesenyuman dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk hormat dan malu kepada kita.
Pernah satu ketika, jiwa saya begitu menderita ketika menghadapi salah seorang dari orang atasan saya. Dia merasakan dirinya yang paling benar. Dia bukan sekadar menolak pandangan orang lain bahkan tidak memberikan ruang untuk pandangan itu dikemukakan. Sedangkan apa yang dilakukannya terlalu salah, buah fikirannya sudah ketinggalan zaman dan cara pengurusan kerjanya sudah terlalu usang dan antik walaupun dari satu sudut saya yakin dia begitu ikhlas dalam kerjanya. Tidak sesiapa yang selesa mengemukakan pandangan kepadanya apatah lagi menegur kesalahannya walaupun kesalahannya terang lagi bersuluh. Bahkan tingkahlakunya sering menjadi buah mulut rakan sekerja.
Jiwa saya begitu menderita. Setiapkali ingin menyuapkan makanan kemulut lalu terpandang wajahnya selera makan saya hilang serta merta. Setiapkali saya pejamkan mata untuk tidur, wajahnya sering muncul dan bermain dalam fikiran saya. Ketika berehat seringkali minda saya mengangankan saat-saat saya berhujah dengannya dan dia menyikapi dengan sikap dingin dan keras kepala hinggakan angan-angan itu menjadikan jiwa saya dililit kegelisahan dan kemarahan. Ya, berbulan-bulan saya hilang kenikmatan jiwa ketika menginjakkan kaki di tempat kerja.
Jiwa saya terus menderita hinggalah saya menemui penawarnya yang begitu mujarab iaitu KEMAAFAN. Saya katakan pada diri saya, kenapa saya harus membencinya. Dia telah lakukan yang terbaik dengan apa yang dia faham, walaupun mungkin caranya salah tetapi itu yang dia faham dan tentang keikhlasannya, Allah yang lebih mengetahui. Kenapa saya harus membencinya sedangkan kebencian saya tidak akan menjadikan dirinya betul atau membetulkan keadaan yang salah. Kenapa saya harus membencinya sedangkan setiap manusia memikul beban dosa yang begitu banyak dan saya sendiripun tidak terlepas daripadanya. Bahkan apabila tua nanti mungkin saya akan akan lebih teruk daripadanya dan orang lain akan lebih membenci saya.
Lalu saya pejamkan mata saya, saya suarakan hati saya pada Allah yang Maha Mengetahui; Saksikanlah ya Allah, aku maafkannya dan aku juga mengharapkan keampunanMu. Saksikanlah ya Allah, aku kasihkannya kerana aku tahu dia ikhlas beramal untuk keredhaanMu. Walaupun dia punya banyak kelemahan tetapi didalam ilmu Mu ya Allah, dosa-dosa ku lebih banyak, walaupun aku rasakan aku lebih baik daripadanya belum tentu ketika aku sampai keusia sepertinya aku akan terus istiqomah diatas jalanMu yang benar ini ya Allah. Semoga Engkau menerima amalnya dan amalku ya Allah.
Disaat itu saya terasakan seolah satu hijab gelap yang menutupi hati saya terangkat dan limpahan cahaya kehidupan kembali menerangi hati saya. Tidak ada lagi kebencian dan keresahan. Kemudiannya saya mencari kesempatan untuk bermaafan dengannya. Semenjak itu hati saya kembali menemui nikmat ketika ditempat kerja. Setiapkali bertembung wajah, senyuman begitu mudah terukir pada wajah saya bahkan kami mampu duduk berbual dan bercerita.
Saya tidak maksudkan kita tidak perlu membetulkan yang salah. Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik. Maknanya, setiap tindakan kita perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran diatas usaha dan kesabaran kita.
Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka
Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara
Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi

Tuesday, 6 December 2011

Petua Menjadi Isteri Paling Baik


1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Tuesday, 19 July 2011

NOTA TENTANG FOTOSINTESIS....buat bio's student 4A N 5A


Photosynthesis – takes place in the chloroplast.
There two main stages : light reaction and dark reaction
Light reaction occurs only in the presence of light. Dark reaction occurs during day and night.
Light reaction - occurs in 
grana.
Chlorophyll captures light energy - excites the electrons to higher energy levels.
Electrons leave the chlorophyll.
Light energy is also used to split water molecule into hydrogen ions and hydroxyl ions. This is known as 
photolysis of water.
Hydrogen ions combine with electrons released by chlorophyll to form hydrogen atoms.
The energy from excited electrons is used to form adenosine triphosphate (ATP).
At the same time, hydroxyl ion loses an electron to form hydroxyl group.
This electron is then received by chlorophyll.
The hydroxyl groups then combine to form water and gaseous
oxygen.
Oxygen is released into the atmosphere and used for cellular respiration. The 
ATP molecules provide energy while the hydrogen atoms provide reducing power for the dark reaction.

Dark reaction - also known as Calvin cycle.
Occurs in 
stroma. Hydrogen atoms are used to fix carbon dioxide into glucose.
The glucose monomers then undergo condensation to form starch which is temporarily stored as starch grains in the chloroplasts.
Conclusion
Light reaction - occurs in the grana (contained chlorophyll) - takes place in the presence of sunlight and chlorophyll - chlorophyll absorbs light; then it becomes activated and this energy is used to :
i) produce energy in the form of – ATP (used for dark reaction)
ii) split up water molecules (photolysis) into hydroxyl ions(OH-) and hydrogen ions (H+) - oxygen is released; but hydrogen enters dark reaction.

Dark reaction (Light independent reaction) - takes place in the stroma -ATP combined with hydrogen atoms (from the light reaction) are used to reduce carbon dioxide to form glucose.

Glucose produced –
i) converted to starch (stored),
ii) transformed - sucrose ; transported to other parts
iii) synthesis of cellulose
iv) converted to a. acids and fatty acids

Wednesday, 13 July 2011

PANTUN SEBELUM DAN SESUDAH KAHWIN....BEST GAK.

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere, better u got lost!! 


Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves.

Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak

Thursday, 30 June 2011

kenapa mengantuk (hypersomnia)




Terdapat dua kategori utama hypersomnia: hypersomnia utama (kadang-kadang dipanggil hypersomnia idiopathic) dan hypersomnia berulang (kadang-kadang dipanggil hypersomnia utama yang berulang-ulang). Kedua-dua ini disifatkan oleh tanda-tanda gejala yang sama dan hanya berbeza dalam kekerapan dan kekerapan dengan gejala yang berlaku. 

Hypersomnia utama dicirikan oleh rasa mengantuk yang berlebihan siang hari dalam tempoh masa yang panjang. Tanda-tanda hadir semua, atau hampir semua, pada masa itu. Hypersomnia berulang melibatkan tempoh siang mengantuk yang berlebihan yang boleh lepas dari satu hingga beberapa hari, dan berulang selama satu tahun atau lebih. Perbezaan utama di antara ini dan hypersomnia utama ialah orang yang mengalami hypersomnia berulang akan mempunyai tempoh yang lama di mana mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hypersomnia, manakala orang yang mengalami hypersomnia utama terjejas olehnya hampir setiap masa.Salah satu bentuk terbaik didokumenkan hypersomnia berulang adalah Kleine-Levin sindrom, walaupun terdapat bentuk lain juga. Terdapat banyak sebab-sebab yang berbeza untuk mengantuk siang hari yang tidak dianggap hypersomnia, dan terdapat banyak penyakit dan gangguan di mana waktu siang mengantuk yang berlebihan merupakan gejala yang rendah atau menengah.Perasaan mengantuk siang hari sering dikaitkan dengan penggunaan bahan-bahan biasa seperti kafein, alkohol, dan banyak ubat. Lain-lain faktor-faktor biasa yang boleh menyebabkan rasa mengantuk yang berlebihan pada waktu siang yang tidak dianggap hypersomnia termasuk kerja syif dan insomnia. Kerja syif mengganggu ritma boleh tidur semula jadi badan. Insomnia boleh menyebabkan rasa mengantuk yang berlebihan pada waktu siang kerana kurang tidur waktu malam, dan merupakan penyakit yang berasingan. Punca dan gejala Orang mengalami hypersomnia tidak mendapat jumlah yang luar biasa tidur waktu malam. Walau bagaimanapun, mereka sering mempunyai masalah bangun pada waktu pagi dan tinggal berjaga sepanjang hari. Orang yang tidur hypersomnia kerap, dan apabila bangun dari tidur, jangan berasa segar. Hypersomnia kadang-kadang salah didiagnosis sebagai narcolepsy. Dalam banyak-dua adalah sama. Satu perbezaan yang ketara ialah orang yang mempunyai pengalaman narcolepsy otak tiba-tiba rasa mengantuk, manakala orang yang mempunyai pengalaman hypersomnia meningkatkan rasa mengantuk sepanjang masa. Juga, mereka yang mencari narcolepsy tidur siang menyegarkan, manakala manusia dengan hypersomnia tidak. Orang dengan Kleine-Levin sindrom mempunyai gejala yang berbeza daripada tanda-tanda lain-lain bentuk hypersomnia. Orang-orang ini boleh tidur selama 18 jam atau lebih sehari. Di samping itu, mereka sering marah, ceplosan, dan membuat hubungan seks rambang. Orang dengan sindrom Kleine-Levin sering makan tidak terkawal dan cepat berat badan, tidak seperti orang-orang yang lain-lain bentuk hypersomnia. Bentuk hypersomnia berulang jarang berlaku. Punca-punca hypersomnia kekal tidak jelas. Terdapat beberapa spekulasi bahawa dalam banyak kes ia boleh dikaitkan dengan masalah yang melibatkan hipotalamus, tetapi ada sedikit bukti untuk menyokong dakwaan itu. Demografi Hypersomnia adalah gangguan luar biasa. Secara umum, 5% atau kurang orang dewasa mengadu mengantuk yang berlebihan pada waktu siang. Ini tidak bermakna semua orang yang mengadu mengantuk yang berlebihan telah hypersomnia.Terdapat banyak kemungkinan punca mengantuk siang hari. Semua orang yang melawat klinik tidur kerana mereka merasakan mereka terlalu mengantuk sepanjang hari, hanya kira-kira 5-10% didiagnosis dengan hypersomnia rendah. Kleine-Levin sindrom wujud dalam kira-kira tiga kali ganda lelaki berbanding perempuan, tetapi ia adalah satu sindrom yang amat jarang berlaku. Hypersomnia umumnya muncul apabila pesakit itu antara 15 dan 30 tahun. Ia tidak bermula dengan tiba-tiba, tetapi menjadi nyata perlahan-lahan, kadang-kadang lebih tahun. Diagnosa Hypersomnia dicirikan oleh rasa mengantuk yang berlebihan pada waktu siang, dan tidur siang hari yang tidak menyebabkan rasa lebih segar atau berjaga-jaga.Hypersomnia tidak termasuk kurang tidur malam. Orang yang mengalami masalah dengan tidur waktu malam mungkin insomnia, gangguan tidur berasingan. Bagi mereka yang tidur, mengantuk pada waktu siang yang berlebihan boleh memberi kesan sampingan. Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental bagi, yang membentangkan garis panduan yang digunakan oleh Persatuan Psikiatri Amerika untuk diagnosis gangguan, menyatakan bahawa gejala perlu hadir selama sekurang-kurangnya sebulan, dan mesti mengganggu aktiviti normal seseorang. Selain itu, gejala tidak boleh dikaitkan dengan kegagalan cukup tidur pada malam atau gangguan tidur yang lain. Tanda-tanda tidak boleh disebabkan oleh gangguan psikologi lain yang penting, dan mereka tidak boleh menjadi kesan sampingan ubat ubatan atau haram atau kesan sampingan daripada keadaan perubatan am. Untuk maklumat terperinci mengenai hypersomnia berulang, tanda-tanda perlu berlaku selama sekurang-kurangnya tiga hari pada satu masa, dan gejala perlu hadir selama sekurang-kurangnya dua tahun. Rawatan Terdapat beberapa cubaan menggunakan dadah untuk merawat hypersomnia. Tiada badan besar bukti menyokong keberkesanan rawatan ini. Perangsang biasanya tidak disyorkan untuk merawat hypersomnia kerana mereka menganggap gejala tetapi tidak masalah asas. Beberapa orang penyelidik percaya bahawa rawatan hipotalamus boleh menjadi rawatan mungkin untuk hypersomnia. Prognosis Kleine-Levin sindrom telah dilaporkan kepada menyelesaikan kadang-kadang dengan sendirinya sekitar umur pertengahan. Kecuali bagi sindrom itu, hypersomnia dianggap kedua-dua penyakit sepanjang hayat dan satu yang boleh melumpuhkan ketara. Tidak ada tubuh bukti yang menyimpulkan ada cara untuk merawat majoriti kes hypersomnia berjaya. 

Friday, 17 June 2011

Petrosains Dino Trek 2

Apa nak dibuat pada hari Jumaat ye...memikirkan Ammar ada tuisyen Smart Reader petang ni,aku pendamkan saja hasrat nak ke mana-mana tapi anakku bertanya ,"Ibu kita nak pi mana hari ni?"Emm....aku pun berfikir nak ke mana yer...OK apa kata kita ajak abah ke Penang,ada pameran dinosour,sapa nak pergi,kena mandi dulu...nampaknya umpanku mengena...anakku tergedik-gedik pergi mandi....so tugas Ammar ialah pegi bagitau abah.Tuisyen Ammar petang postpon esok lah nampaknye.
Ammar:Abah ,jom kita pegi tgk dinosour.
Abah :Mana ada dinosour kan dah lama pupus.
Ammar:Ibu kata ada...depa tunjuk kat Penang..
Abah:Ibu tu semua tau...
Ibu:Hi..hi...hi...
Abah:Ok...bersiap semua...
Trisyia:Isya siap dah...ammar andi dah...abah tak andi lagi...
Abah:ARggghhhh..Oklah abah pi mandi.....

Lepas Jumaat...
Bertolak ke  Petrosains Dino Trek 2 di Jusco AEON Seberang Perai .Ammar n Trisyia sangat  teruja dengan aktiviti interaktif  dan pameran yang ada. Paling kelakarnya, si Trisyia ketika di pintu masuk, dia dah takut....menangis takut bunyi dinosour dan tengok dinosour bergigi tajam tu bergerak-gerak sambil memegang kaki abahnya.  Tetapi, akhirnya, dia yang paling teruja dan tak mau melangkah keluar dari ruang pameran dan aktiviti.Tak mau balik pulak tu.

Di pintu masuk, petak kuiz disediakan untuk kanak-kanak menjawab soalan  ya atau tidak berkaitan dinosaur.Tetapi kebanyakannya, ibubapa yang lebih banyak menjawab atau dibantu oleh kakak-kakak petrosains itu!


Trisorotops ialah dinosour bertanduk tiga, pengunjung boleh menggerakkan bahagian-bahagian dinosour mekanikal ini dengan menekan butang di bahagian tertentu.Ammar paling suka dan cepat beraksi,lama jugak lah kat situ,sibuk menggerakkan dinosour.Ooooh Ammar tau,dinosour bukan ada pun,ni semua macam robot...aku pun tersenyum sambil memandang hubby ku.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh kanak-kanak (dan juga ibubapa hehehe) turut dicuba oleh anak-anak.

  • Mengejar dinosaur - berkayuh basikal untuk menggerakkan dinosaur itu.Suamiku VS Ammar
  • Feed the dinosaur - merah untuk karnivor dan hijau untuk herbivor.Masukkan makanan,tembak masuk ke dalam mulut dinosour
  • Meletakkan rangka dinosaur di tempatnya
  • Puzzle
  • Baca info tentang dinosour





  1. Stegosaurus - biawak bersirip
  2. Maiasaurus - biawak bersifat keibuan
  3. Protoceratops-dinosour kecil 
  4. T-Rex
  5. Spinosaurus - biawak berduri
  6. Apatosaurus -  macam biawak











    • Dino Dance- bergambar dengan animasi dino.Tangkap 5 keping gambar kemudian diemelkan terus ke alamat emel kita.  








    • Fosil dino-best lah main pasir(macam pasir tapi sebenarnya getah)

    Berada di dalam tu until 5.30ptg rasa lama sangat bagiku tetapi tidak bagi anak-anakku yang sibuk n leka dengan fosil dinosour..Trisya pada mulanya takut tulang...last sekali terpaksa angkat dokong sebab takmau keluar dari tempat fosil tu...sekali lagi...menangis.Masuk tadi nangis,balik pun nangis...mmm bersabaq jalah.Apa-apa pun berbaloi jugalah kena bayar RM 14 untuk family package.So jangan lepaskan peluang ni sebab exhibition ni until October  ni saja.


    Keluar saja dari Dino Trek ada pulak playground...Ya Allah...menguji kesabaran dan kewangan sungguh...Abah...another RM16 and another hour...menunggu jer lah kerja abah dan ibu.Bila nak penat anak-anakku...Perut ibu dah lapar dah ni.







    Friday, 8 April 2011

    apabila diri di hina


    DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
    Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
    Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:
  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 

  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 

  • Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

  • Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 

  •  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

  •  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

  • Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.